APAKAH NILAM?
Program NILAM ini
merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan
melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.
Ini merupakan program
penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah
dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah pada 1999 dan penilaian
pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.
MATLAMAT
Program NILAM
bertujuan untuk membina tarbiat membaca di kalangan masyarakat negara ini,
khususnya golongan pelajar.
OBJEKTIF
·
Menjadikan pelajar
banyak membaca, bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan.
·
Menggalakkan
sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca
ini
LATAR
BELAKANG
Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai
tabiat membaca di negera ini. Kajian tersebut mendapati taraf membaca rakyat
Malaysia masih rendah. (Dapatan kajian BTP 2005, PNM 2010/2015)
1.1 Dapatan Kajian terkini mengenai tabiat membaca yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tahun 1996 (Melalui Frank Small & Associates) menunjukkan adanya perbezaan ketara antara kadar literasi dan tabiat membaca. Kadar literasi Negara mencapai 93% manakala kadar mereka yang membaca buku hanya mencapai 87% sahaja. Kajian tersebut juga mendapati rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun.
1.2 Pihak UNESCO yang membuat anggaran tahap literasi setiap 5 tahun menganggarkan tahap literasi rakyat Malaysia bagi tahun 1995 ialah 84%.
Pada masa ini terdapat aktiviti-aktiviti
atau projek-projek galakan membaca yang telah sedang dijalankan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri, sama ada aktiviti asas, pemupukan atau pengayaan yang perlu
diteruskan.
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat berkemahiran tinggi ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca seperti Anugerah NILAM Kebangsaan, Kem membaca 1 Malaysia, Kem Penulis Muda, Khemah Membaca, Kem Literasi Maklumat di sekolah-sekolah.
3. PENDEKATAN
Berdasarkan pertimbangan di atas, pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mesti berupa paksaan yang berterusan. Perkara-perkara utama adalah sebagaimana gambarajah berikut :
3.1 Kumpulan
sasar (merujuk kepada objektif dan asas pertimbangan)
Usaha membentuk budaya suka membaca dalam kalangan generasi kini perlu dimulakan dari peringkat kanak-kanak lagi. Dalam konteks institusi pendidikan, kanak-kanak di peringkat sekolah rendah diberi tumpuan utama. Pada masa yang sama MASA BAHAN KUMPULAN SASAR AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH PENGLIBATAN IBU BAPA aktiviti ini juga dilaksanakan dalam kalangan murid sekolah menengah. Pelaksanaan program yang dicadangkan, adalah secara berterusan bermula dengan murid pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pra diploma di kolej vokasional
3.2 Aktiviti
Galakan Membaca Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah perlu diterus, ditambah baik, diperluas dan ditambah dengan aktiviti-aktiviti baharu yang sesuai dengan perkembangan trend semasa. Usaha ini perlulah disokong dengan pelbagai promosi melalui media massa, media sosial serta penglibatan tokoh-tokoh ilmuan, professional, hiburan, sukan dan politik. Dalam konteks ini, pihak sekolah hendaklah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai, praktis dan berkesan dalam menyemai, memupuk dan mengembang dan melestarikan budaya membaca.
3.3 Bahan Bacaan
Bahan bacaan terdiri daripada dua jenis bahan iaitu buku dan bahan bukan buku yang terdiri dari pelbagai format dan diperoleh dari pelbagai sumber.Buku yang boleh dibaca samada dalam bentuk fizikal mahupun digital (ebook). Buku boleh diperolehi dari koleksi sedia ada di Pusat Sumber Sekolah, perpustakaan awam, perpustakaan bergerak, Perpustakaan Desa, koleksi peribadi, koleksi digital yang disimpan di storan digital dan juga dari internet.
3.4 Masa
Menurut Kajian Tabiat Membaca (UPM,1997) kira-kira 15% sahaja pembelajaran yang melibatkan pembacaan. Kebanyakan latihan membaca itu dilakukan dalam masa yang singkat dan tidak berterusan.Oleh itu pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah perlu dimanfaatkan untuk meningkatkan kemahiran dan minat membaca.
3.5 Penglibatan ibu bapa
Masyarakat dan sokongan agensi kerajaan/bukan kerajaan Aktiviti membaca di sekolah akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya ada kesinambungan di luar persekitaran sekolah. Ibu bapa seharusnya menjadi model dan sumber inspirasi kepada anak-anak untuk terus membaca. Di samping memberi galakan dan dorongan secara berterusan, ibu bapa juga perlu meluangkan masa membaca bersama anak-anak dalam persekitaran rumah yang menggalakkan minat membaca.
No comments:
Post a Comment